Isnin, 9 Disember 2013

5 Makanan Merampingkan Pinggang

5 Makanan Merampingkan Pinggang

Bersenam mahupun berolahraga sahaja  tidak mendatangkan hasil yang memberansangkan andai tidak mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang sekali gus memenuhi siramid makanan yang telah disyorkan. Akan menjadi sia-sia sahaja proses pembakaran kalori berlaku. Jom kenalpasti lima makanan wajib sekiranya inginmendapatkan perut yang rata dan pinggang yang ramping. Ianya adalah selamat dan sudah terbukti kesaihannya.

Oatmeal 

Pelbagai variasi oat boleh didapati di pasar raya mahupun pusat membeli belah. Apabila menyebut oat, ianya sering kali dikaitkan dengan seorang pendiet tegar kerana oat sememang diyakini keberkesanannya dalam mengurangkan lemak di bahagian perut serta membantu menjaga kadar gula dalam darah selain mengurang kolestrol seseorang itu. Pilhlah jenis hidangan oat yang sesuai dengan kemahuan diri sendiri sama ada dalam bentuk biskut mudah bawa atau ditambah di dalam minuman bijirin sarapan kesukaan.


Rasberi

Sering kali bercerita mengenai diet, buah beri akan dikaitkan kerana sangat bagus untuk proses pencernaan serta mengandungi serat yang baik untuk usus dan mengekalkan kecantikkan semulajadi wajah seseorang. Hanya dua jenis buah sahaja yang tergolong dalam kelompok buah rasberi ialah buah strawberi dan buah blueberi. Kedua-dua buah rasberi ini sangat baik untuk tubuh badan kerana kaya dengan vitamin C dan dipercayai dapat meningkatkan kekebalan tubuh badan selain mengenyangkan perut.

Yogurt

Bagi mereka yang mendampakan tubuh badan persis selebriti, janganlah gerun untuk mendekati yogurt kerana ia sememangnya terkenal dengan manfaatnya dalam sistem pencernaan kerana mengandungi ‘laktobasilus’ yang meransang gerakan usus dengan tepat. Pengambilan yogurt dengan waktu yang amat teratur diperlukan bagi mereka yang mahukan kesan yang lebih cepat selain mampu membuat perut berasa kenyang dalam tempoh yang singkat. Pilihlah yogurt yang berperisa yang menepati kehendak dan citarasa tersendiri.

Paprika

Dengan pengambilan paprika selama 30 minit sebelum makan secara tidak langsung meningkatkan metabolisme tubuh badan sehingga 25% dan dapat membantu membakar kalori dengan kadar yang cepat. Hal ini terbukti menurut kajian seorang pelatih kesihatan iaitu Dr. Lori Shamek yang mendapati bahawa perut akan berasa lebih kenyang. Selain itu, paprika juga mengandungi serat da folat yang bagus untuk mengurangkan kolesterol dan mencegah daripada kanser usus besar selain mengandungi antioksida.


Kacang

Mitos yang sering kali didengari tatkala mengesyorkan kacang sebagai makanan sampingan yang mengandungi serat ialah dengan memakan kacang boleh mendatangkan jerawat masih tidak terbukti kebenarannya. Oleh hal yang demikian, usah takut dan gentar untuk  mengambil kacang sebagai makanan pilihan sampingan kerana ia dipercayai mampu menurunkan berat badan serta mengandungi lemak tidak tepu selain daripada protein, kalium, natrium, betakaroten, kalsium dan zat besi yang semulajadi.

Ahad, 8 Disember 2013

Tips & Trik Buat Gadis Jatuh Cinta !

Tips & Trik Buat Gadis Jatuh Cinta !

Sememangnya lelaki memainkan peranan yang penting dalam percintaan dan menjadi tonggak utama dalam mensejahterakan sesuatu hubungan itu. Namun demikian, kaum lelaki ini kurang menitik beratkan hati gadis yang meraka cintai dengan cara yang sewajarnya. Mari ikuti tips dan trik yang boleh membuat gadis yang didambakan jatuh cinta dengan kamu. Check it out!

1. Kamu seharusnya mampu mebuat dia tersenyum ketika dia sedang bersedih.

2. Ucapkan padanya bahawa dia sangat cantik di mata kamu dan bukannya begitu seksi ataupun hot.

3. Kenalkan dia kepada semua ahli kluarga kamu dan sahabat-sahabat kamu.

4. Sentiasa berkelakuan sama ketika bersama rakan-rakan kamu mahupun ketika berdua-duan.

5. Selalu luangkan masa walaupun sedikit hanya sekadar ingin mengucapkan “good morning” dan “good night”.

6. Tolong dan jangan sesekali bandingkan si dia dengan mana-mana gadis yang kamu kenali.

7. Sekali sekala lakukan sedikit kejutan kepada si dia yang boleh buatkan hatinya senang.


8. Ambil berat tentang hal-hal kecil tentangnya kerana itu sangat bermakna buat dirinya.

9. Ketika dia bersedih dan tidak ingin berkongsi, sumbangkanlah sedikit semangat kepadanya.

10. Dilarang sama sekali memikat gadis lain apatah lagi ketika bersama dengannya.

11. Dekati si dia ketika dia sedang bersama temannya. Tunjukkan bahawa kamu lelaki yang sesuai baginya.

12. Buka topic yang lucu, humor yang tak masuk akal dan tak kering gusi. Yang pasti mampu buat si dia tertawa.

13. Sesekali wujudkanlah pertengkaran dengan dia tetapi pastikan dialah pemenangnya.

14. Hasilkanlah sebuah karya hasil daripada kamu sendiri yang khusus dank has buatnya.

15. Pastikan si dia berasa bahagia dan selesa setiap kali berada di samping kamu.


16. Jangan pernah sesekali mencari alas an atas kesalahan yang kamu sendiri lakukan.

17. Jangan pernah sehari terlepas tanpa ucapkan “I Love You” kepadanya.

18. Sesekali pujilah bahawa dia wangi dan pastikan kamu wangi juga ketika itu.

19. Jangan sesekali ubah dirinya mengikut acuan yang kamu kehendaki dan idamkan.

20. Jangan berkata bohong semata-mata untuk menbuat si dia tertawa.

21. Ketika kamu dilanda masalah, carilah si dia untuk meminta pendapat dan pandangan.

22. Jangan lupa memujinya ketika diam melakukan sesuatu untuk diri kamu walau sekecil manapun.

23. Jangan berpura-pura menjadi orang lain semata-mata ingin mendapat perhatiannya.

24. Jadikan si dia keutamaan dalam hidup kamu sebagai seorang sahabat perempuan yang paling akrab.

25. Selitkan nota-nota kecil di tempat yang mudah si dia ditemui agar dia tahu bahawa kamu bahagia bersamanya.

26. Jangan pernah lupa hari ulang tahun kamu berdua dan ulang tahun kelahirannya.



27. Ada sehari dalam sebulan kamu perlu sangat memahaminya iaitu ketika dia PMS!




Selasa, 3 Disember 2013

Info Rambut Perlu Kamu Tahu ! !

Kecantikan tidak hanya diukur pada solekan pada wajah semata-mata. Sebaliknya, aspek kesihatan rambut juga perlu ambil kira. Jangan hanya wajah saja yang kelihatan cantik tetapi rambut kelihatan sungguh kusut masai! Mari terjah 18 info tentang rambut bagi mengekalkan kejelitaan yang sedia ada.


1. Pengering Rambut

Mengeringkan rambut dengan menggunakan pering rambut dengan kadar terlalu kerap boleh mengakibatkan rambut menjadi mudah rapuh dan kulit kepala menjadi kering berbanding mengeringkan dengan cara semulajadi.


2. Asap Rokok

Kandungan bahan kimia berbahaya yang terdapat pada asap rokok boleh menyebabkan rambut mudah berbau jika asap rokok tersebut dihembuskan pada rambut. Lebih merisaukan lagi, asap rokok dihalakan terus pada kulit kepala dan akan menyebabkan kulit kepala berasa gatal-gatal.


3. Mengikat Rambut Ketika Basah

Sebenarnya mengikat rambut ketika basah atau rambut berkeadaan lembab adalah tidak digalakkan. Ini kerana kulit kepala pada waktu ini menjadi lembut dan seterusnya menyebabkan rambut mudah putus.


4. Mengikat Rambut Ketika Tidur

Selain daripada mengikat rambut ketika basah, tidak digalakan juga mengikat rambut ketika tidur bagi yang memiliki rambut yang panjang kerana ditakuti rambut akan tertarik lalu putus sewaktu tidur.


5. Berkongsi Sikat

Jangan berkongsi sikat dengan orang lain! Hal ini kerana bakteria atau parasit seperti kutu boleh berjangkit sekiranya berkongsi sikat dengan individu yang mengalami masalah pada kulit kepala ini.


6. Bertukar Syampu

Bertukar-tukar syampu pada waktu yang singkat adalah tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan masalah kulit kepala. Sebaliknya pilihlah syampu yang mengandungi rumusan terbaik dan mengekalkan nutrisi rambut.


7. Tidur Yang Cukup

Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang mempunya tidur yang cukup iaitu sekitar 8jam sehari mempunyai pertumuhan rambut yang baik dan sihat. Oleh itu, adalah digalakkan tidur yang cukup dalam sehari.


8. Jenis Sikat

Ketika rambut dalam keadaan yang basah adalah digalakkan untuk menyikat ramut menggunakan sikat yang bergigi jarang. Langkah yang terbaik adalah membiarkan rambut kamu kering secara semulajadi sebelum menyikat rambut.


9. Rambut kusut

Bagi yang mengalami rambut kusut atau kering, mengaplikasikan perapi rambut selepas selesai bersyampu adalah disarankan kerana rambut akan menjadi lebih lembut setelah selesai bilasan terakhir.


10. Basuh Dua Kali

Untuk hasil yang lebih baik, membasuh rambut sebanyak dua kali ketika mandi adalah disyorkan. Basuhan pertama adalah untuk menyikirkan kotoran yang terdapat pada rambut manakala basuhan yang kedua adalah untuk menyerap khasiat yang terdapat pada syampu.


11. Rambut Basah

Bagi yang membasuh rambut pada waktu malam dan rambut masih berkeadaan basah dan lembab untuk tidur, menghamparkan tuala kecil pada bantal sebelum tidur.


12. Bedak Bayi

Bagi yang mengelakkan rambut daripada cepat berminyak, cuba taburkan bedak bayi pada bantal sebelum tidur. Nescaya bahawa minyak pada rambut akan berkurangan pada keesokkan harinya.


13. Syampu Dengan Kerap

Bagi yang mengalami masalah rambut berminyak, membasuh rambut dengan kadar yang kerap adalah sangat digalakkan kerana rambut yang berminyak mudah menangkap debu dan kotoran.



14. Perapi Rambut

Jangan menggunakan perapi rambut sehingga mengenai kulit kepala kerana dikhuatiri akan menyebabkan kulit kepala berasa gatal dan berminyak. Sebaliknya, sapukan perapi dua pertiga dari aras rambut.



15. Menyisir Rambut

Bagi yang mengalami masalah rambut berminyak yang kronik, tidak digalakkan untuk menyisir rambut dengan terlalu kerap kerana ia akan merangsang folikel rambut untuk menghasilkan lebih banyak minyak pada rambut.



16. Psoriasis

Psoriasis merupakan satu jenis penyakit auto imun yang boleh menyebabkan kulit kepala menjadi bersisik dan tidak rata. Penyakit ini juga boleh menyebabkan kulit kepala menggelupas.


17. Tekanan

Tekanan yang dialami boleh membahayakan fungsi normal pada tubuh badan secara keseluruhan termasuklah kulit kepala hingga menyebabkan munculnya kelemumur pada kulit kepala.


18. Pola Makanan

Pola makanan yang seimbang juga boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan rambut. Makanan yang tidak seimbang pula boleh menyebabkan kulit kepala berminyak. Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat.

Rabu, 13 November 2013

Perut Lapar Punca Diet Gagal ?

PERUT LAPAR PUNCA DIET GAGAL . . . ? ? ?

"Kenapa perut cepat lapar lagi ni? Baru lepas makan dah lapar balik. Kalau makan lagi nanti, nak makan terus sampai habis. Gagal lagi plan nak diet. Stressnya macam ni."
Sering kali ianya terbit dalam hati apabila memulakan diet. Mari kenal pasti punca kegagalan diet akibat perut lapar.

Minum Terlalu Banyak Minuman Manis



Kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia sekali gus menghalang hormon Leptin daripada menghantar impulse untuk memberitahu otak bahawa kamu telah pun mendapat makanan yag secukupnya. Inilah perkara yang menyebabkan kamu lebih cenderung untuk makan lagi walaupun kamu baru sahaja selesai makan.

Makan Makanan Bertin



Makanan di dalam tin semakin menjadi trend kerana menjimatkan waktu daripada berulang-alik ke dapur. Makanan di dalam tin sebenarnya terdedah kepada sejenis bahan kimia yang dipanggil bisphonel-A atau lebih dikenali dengan panggilan BPA yang jelas sekali mampu mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

Sarapan Tidak Mencukupi


Pengambilan sarapan jelas sekali penting dalam mengekalkan diet yang seimbang.  Bagi seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 30 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding dengan orang yang mengambil 500 kalori. Hal ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

Tidak Makan Sayur-Sayuran


Apabila menyebut sayur, ramai yang menggelengkan kepala kepada Encik Hijau ini kerana rasanya yang pahit dan tidak enak. Namun begitu, khasiat yang terdapat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan kamu daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.

Kurang Minum Air Masak


8 gelas sehari bersamaan dengan 2 liter air masak diperlukan oleh badan untuk membersihkan sisa toksid yang tertinggal dalam badan. Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan kamu makan lebih banyak keran ia meningkatkan tahap kelapara. Sebaiknya, sebelum kamu makan, minumlah air masak terlebih dahulu.

Tidak Minum Teh Kurang Gula


Teh yang kurang kandungan gulanya baik untuk badan kerana jika kamu minum teh kurang gula selepas makan, ia akan membuatkan kamu berasa kebih kenyang dan secara tidak langsung dapat  mengelakkan daripada makan banyak kali

Kebosanan


Kebosanan akan meningkatkan keinginan untuk kamu untuk makan lebih banyak lagi. Oleh hal yang demikian, isi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan membiarkan diri kamu kebosanan dan seterusnya cenderung untuk makan lebih banyak lagi.


..::::.. Semoga dapat kita bersama-sama mengekalkan diet yang seimbang dalam seharian. Ilmu yang kurang ditambah-tambahkan, ilmu yang sedia ada dikongsi bersama. Jangan segan bertanya. Sekian..

Isnin, 11 November 2013

Good Food, Good Mood ! !

Kamu tak ada mood dan semangat untuk jalankan aktiviti harian? Jika benar, jangan benarkan perkara ini terus mengganggu keceriaan hari-hari kamu. Mari saya kenalkan beberapa makanan yang mampu meningkatkan mood kamu sekali gus menceriakan hidup kamu.

Ikan Salmon

Ikan salmon mengandungi omega 3 yang terdiri daripada EPA dan DHA. Minyak lemaknya mampu melancarkan 'komunikasi antara sel otak dan pergerakan saraf. Jadi sifatnya menenangkan. Ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Jurnal Psychocomatic Medicine. Bagi orang dewasa yang kekurangan minyak lemak ini, ia mudah dikatakan mengalami tekanan dan terkena depresi.

Bawang Putih

Bagi yang gemar 'bertukang' di dapur, jangan ragu-ragu lagi untuk melebihkan bawang putih dalam masakan kamu itu. Hal ini kerana, enzim yang terdapat pada bawang putih mampu meningkatkan produksi hormon serotonin yang bukan sahaja mampu menambahkan kelazatan makan yang dimasak malah menambah perasaan dan mood semakin menjadi senang.

Teh Hijau

Apabila menyebut teh hijau ramai yang mengenali dengan aroma yang sungguh memukau sesiapa sahaja yang menginginkan kehangatan dalam minuman tersebut walaupun rasanya kurang enak. Tahukan kamu bahawa teh hijau tinggi akan theanine dan antioksida yang bertindak sebagai alat penenang selain dapat mengatasi bau mulut dan radang amandel.

Kerang

Kebanyakan penduduk di Malaysia gemar dengan makanan laut walaupun wujud segelintir di antara mereka begitu alergik dengan makanan laut masih tetap mencuba dan menikmati keenakkan makanan laut terutama kerang. Kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh badan. Ia juga merupakan sumber magnesium yang penting untuk mengekalkan fungsi otot, saraf dan metabolisme badan. Jika tubuh kekurangan magnesium, seseorang mudah letih. Pengambilan kerang yang kerap mampu menjadikan tubuh badan kamu segar dan merasa lebih aktif.

Buah Beri
Buah beri sememangnya sukar untuk diperolehi kerana memerlukan suhu yang sesuai untuk ditanam di benua Asia. Buah beri seperti blueberry, strawberry dan respberry mengandungi anthocyanidins dan anthocyanins selain khasiat utamanya yang mengandungi antioksida yang tinggi. Kandungan nutrisi ini jelas sekali mampu membantu mengurangi stress dan depresi.

Ayam
Menu ayam merupakan kesukaan atau pilihan kebanyakan orang kerana sumber ini mudah diperolehi. Selain terkenal dengan keenakan dan kelazatannya, daging ayam mampu melancarkan sistem metabolisme tubuh badan dan menjadi sumber tenaga dan protein. Menurut kajian yang dibuat oleh Universiti Illinios, seseorang yang mengambil makanan berprotein tinggi mampu memiliki daya tubuh badan yang lebih kuat. Seterusnya mood juga akan lebih terjaga.

Coklat
Ini adalah berita baik bagi penggemar makanan ini, dark chocolate atau coklat gelap bukan sekadar enak tetapi ianya tinggi kandungan magnesium dan mineral-mineral yang mampu menenangkan otot-otot dan menurunkan tekanan, kolesterol jahat LDL serta melancarkan peredaran darah. Bahkan juga, dark chocolate juga mampu meningkatkan kadar serotonin dan endorfin yang berperanan penting untuk memulihkan daya konsentrasi dan mood kamu selain mengurangkan berat badan jika dapat dikawal pemakanannya.

Ahad, 29 September 2013

Let Me Intro~

Hey..!!
Aku Suziana Izzaida.. Orang panggil aku Suzi/Sue/Ana.. Bestfriend aku panggil aku Awek/Makwe/Kataq.. Budak tempat kerja aku panggil aku Senget.. Hahaha... Aneh2 jer dia orang semua tu..

Kenapa bestfriend aku panggil aku macam tu?
Awek/Makwe sebab aku suka berjalan and usha laki yang lalu depan aku.. Saja buat dia orang benggang.. Asyik member aku jerk yang kena.. So, turn dia orang kena balasan dari aku.. Kataq tu sebab masa sekolah aku seorang pengawas yang boleh tahan dahsyatnya and selalu sorokkan kesalahan orang.. Lagipun aku join sekali buat jahat dengan student biasa.. Dekat beg sekolah aku, aku gantung patung puteri katak.. Serius, besar tapak kaki kau orang.. Ke hulu ke hilir aku bawa beg tu and aku namakan beg katak suzi.. Orang nak cari aku memang senang giler larh.. kat mana ade beg tu, kat situ ada aku.. Secara kebetulan, aku ambil subjek sains tulen and study biologi.. Before aku trial SPM, kami kena bedah seekor katak hidup setiap 4orang.. Aku paling excited giler buat benda terejal ni.. Habis body katak tu aku ratah(bedah) tapi still hidup.. Saiz katak tu sama besar dengan patung aku.. Student cina kelas aku yang start panggil aku "katak" and bestfriend aku tukar huruf "k" menjadi "q" agar lebih panjang qolqolahnya bila sebut..

Kenapa budak tempat kerja panggil aku Senget..??
Jawapannye sebab aku ini lambat paham.. Dia orang kena explain sampai banyak2 kali baru aku paham.. Hahaha... Kadang2 benda yang aku paham tu tak sama dengan benda yang dia orang cakap.. Tension gila dia orang aku buat.. Aku dulu usha orang laen tapi aku jadian dengan orang lain sampai terkantoi dengan member dekat citu.. Budak tempat kerja panggil aku senget sebab semua masalah yang aku buat mesti yang aneh2.. Orang yang pertama bertanggungjawab atas permasalahan ini adalah Kak Eton(Fairus).. Hahaha...

Sebab utama aku wujudkan blog ni cuma menjadi medan untuk aku coretkan segala masalah aku yang timbul sepanjang aku berada di negeri orang dan sebagai seorang student.. Aku harap akan wujud komuniti yang dapat bantu aku dalam setiap permasalahan yang terjadi kepada aku..


Sekian ^^,

Ini yang sulung sekali tetapi sudah selamat


Ni yang dalam jajahan lagi dan selamat